Penahanan Tidak Sah | Bekas anggota tentera menang kes terhadap ATM

2022-09-22 1

Mahkamah Tinggi Kota Bharu memutuskan bahawa penahanan seorang bekas anggota tentera oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM) selama 311 hari pada 2014 adalah tidak sah.

Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Mohamad Abazafree Mohd Abbas mengarahkan bekas anggota itu, Mohamad Maliki Abdul Halim, diberi ganti rugi sebanyak RM300,000, selain mengarahkan defendan membayar kos guamannya sebanyak RM30,000.